SEHABIS DIRUNCINGKAN ALIF
Faridz Yusuf

a/
berkali ruku telah menjadi
cuma sekali kau ketuk aku dalam gebu

b/
semenit mungkin selepas itu
kulihat bayangku dan kutemukan riwayatku diwujudkan

c/
berhari sehabis itu berlalu
aku tersungkur dibenahi ihwal catatan yang jadi kenyataan

d/
menit pun jungkir
dan almanak cuma siasat bagaimana getir dikekalkan

18/05/2010